Tuesday, September 22, 2009

jangan direnung letihnya usaha...tetapi renunglah manisnya sebuah KEJAYAAN!!!!!


“Hah!banyak ni je GPA aku? CGPA tak naik pun,erghh!!" Abdul Rahman rasa geram, marah. Dia tidur sepanjang hari. Bangun untuk solat zohor dan makan, kemudian tidur. Solat Asar, kemudian tidur. Solat Maghrib, mandi, makan dan solat Isyak kemudian tidur. Dia bangun untuk solat Subuh, kemudian sambung tidur lagi.

Mukhlis pelik dengan perangai teman sebiliknya itu. Tak pernah dia lihat Abdul Rahman begitu. ”Ab..bangun lah Ab..dah nak Zohor ni..dari semalam kau tido..tak puas-puas lagi ke?” Mukhlis mengejutkan Abdul Rahman. Abdul Rahman bangun, menunaikan solat Zohor, kemudian baring diatas katilnya kembali. “Kau ni, tak sihat ke Ab? Asyik tidur aje...”. “Sihat,” ujar Abdul Rahman. Mukhlis dapat melihat tiada langsung keceriaan diwajah sahabatnya itu. “abes tu…kau ni kenapa? Ada masalah ke?” “Hmm…” Ab sekadar mengeluh. “Cite lah kat aku, kot-kot aku boleh tolong.” Mukhlis mengambil posisi di sebelah Ab.

“Aku geram lah. Kenapa lah aku study bagai nak rak pun, still tak dapat nak skor anugerah dekan? Aku dah buat semuanya,macam petua nak cemerlang, tapi apa hasilnya? 2.9 je! Tak sampai 3 pun! Kenapa lah aku ni bodoh sangat! Tengok Zaki tu, bukannya study sangat pun. Main games, enjoy sini sana, tapi dapat anugerah dekan jugak.” Luah Ab panjang lebar.
Mukhlis tersenyum. “Owh, ini ke masalahnya? Sabar lah Ab, mintak doa banyak-banyak. Allah pasti makbulkan.Allah dah kata,‘berdoalah kepada aku, nescaya aku akan makbulkan’. “Aku rasa, dah puas dah aku berdoa, aku buat solat tahajjud, solat hajat aku tak pernah tinggal..tapi? kenapa Allah tak nak makbulkan doa aku?”
“AstaghfirUllah AlAzim, jangan kau fikir macam tu.Tempis bisikan-bisikan syaitan seperti itu,Ab. Kau kena ingat, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Cuba kau fikir balik, banyak hikmahnya dengan result yang kau dapat tu.”
“Aku tak nampak hikmahnya Mukhlis.Tolonglah aku, aku pun tak nak fikir macam ni, aku tahu aku berdosa.” “Ok takpe, kita review balik hikmahnya.
Pertama - Yang paling penting…percaya lah, Allah sayang kat kau sebenarnya. DIA rindu nak dengar kau bermunajat dan bermohon kepadaNYA. Dia tak nak kau alpa dan lupa padaNYA bila kau senang-senang boleh dapat markah tinggi. Allah sayang kat kau, takut kau jadi ego dan sombong kalau kau tak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk dapat kejayaan tu.

Kedua - Anggaplah ini didikan terus dari Allah. Study tu, nak kena sabar,kan? Nak kena kuatkan semangat, lawan perasaan mengantuk, perasaan nak main game, nak tengok TV lah, dan macam-macam lagi,kan. Allah sedang mendidik kita supaya bersabar. Kalau kita kurang berjaya, kita cuba lagi. Kalaulah, orang yang mencipta mentol dulu berputus asa, sudah tentu hari ini kita hidup dengan pelita semata-mata. Sebab itu kita tak boleh sama sekali berputus asa.

Ketiga - Dalam proses study tu sendiri, kita kena latih diri kita berdisiplin. Study untuk exam, kita kena buat jadual,dan patuh pada jadual itu,kan? Jadi, secara tidak langsung, sebenarnya Allah sedang melatih kita menjadi orang yang bijak merancang dan berdisiplin. Bukan ke itu merupakan elemen yang amat penting untuk berjaya dalam hidup?

Keempat – Kita perlu ikhlas dalam belajar. Kita perlu terima bahawa hakikat, mungkin kita masih belum menguasai topik itu dengan baik. Salah siapa sebenarnya? Salah lecturer ke? Tapi mengapa pelajar lain boleh skor? Adakah kita benar-benar fokus sewaktu belajar? Adakah kita belajar itu dengan niat untuk faham dan ingat keseluruhannya kerana Allah semata-mata...atau kita sebenarnya merenung buku itu dan sibuk berangan tentang hal lain atau kita study sekadar untuk habiskan baca lecture note sahaja? Tepuk dada tanya iman.
Hmm..macam mana Ab? Cukup tak sebab-sebab kita kena redha atas setiap pemberian Allah. Setiap satu nya, pasti ada hikmah tersendiri, kan?”

“Betul juga kata kau Mukhlis. Astaghfirullahalazim..ampunkan aku, ya Allah. Aku hamba yang sering terlupa.” “Ab, jangan lupa, kita sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan. Kita adalah orang-orang terpilih, diberi nikmat Islam. Kita harus melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah. Tak kira berapa banyak usaha yang harus kita berikan, inilah hidup kita. Kalau kita tidak hidup untuk Allah, untuk apa lagi kita hidup? Percayalah pada Allah. Kita adalah hambanya, Dia yang Maha Pemurah lagi Penyayang, kan… Abdul Rahman? Jadi, kita sebagai muslim tidak boleh putus asa dari rahmat Allah, kita kena sentiasa berusaha dan buat yang terbaik dalam setiap apa yang kita kerjakan, dengan mengharapkan redha dan barakah dari NYA. Insyaallah, kita akan mendapat ketenangan dan kegembiraan, bukan sahaja didunia, malahan di alam yang kekal nanti.”
Abdul Rahman tersenyum. Terima kasih ya Allah, diatas kurniaan seorang sahabat yang dapat mengingatkan aku, dikala aku kealpaan. Hatinya berasa lebih tenang. Dia berjanji pada dirinya, dia tidak akan sama sekali putus asa, dan dia akan berusaha dengan seluruh tenaganya untuk terus berusaha menuntut ilmu dengan sepenuh hati…Kerana Allah.


Monday, June 22, 2009

bukan hangat-hangat tahi ayam tau...

" ala mak ni...achik nk berubah la, mak ni mcm tak percaya kat achik sja...ermm" kata achik kepada ibunya. lantas si ibu yang penyayang ini cuma tersenyum manis sja di hadapan anaknya yang tercinta. lalu si ibu ni pun berkata" achik, mak tau kamu ni anak mak yang baik.mak syg kamu sbb tu mak tegur kamu. bknnya mak tak percaya yg kamu tak nk berubah, cuma mak tak nmpk apa yg berubahnya". lalu achik berbalas, "mak, achik memang nk berubah. achik nak jd anak mak yang baik, nk jd budak rajin belajar, tak merempit lagi dan tak merokok lagi, tapi mak...errmm...achik...achik..errr...setiap kali achik nk berubah jadi baik...achik tak boleh! achik jadi tak bersemangat dan rasa mcm2 lagi!!! achik meninggikan suara kepada ibunya.

tapi ibunya tidak marah lantas memujuk achik dgn baik dan penuh kasih syg. begitulah hati seorang ibu yg penyabar, maka dihampiri anaknya itu sambil memegang erat tangan anaknya dan berkata" achik, mak yakin kamu boleh berubah. perubahan itu mesti datang dari kesedaran diri kamu sendiri bukannya orang lain.kamu mesti kuat dan lawan rasa lemah yg ada dlm diri kamu.perubahan yg kamu lakukan jg mestilah bersungguh-sungguh dan bukannya hangat-hangat tahi ayam. mak yakin dan pasti kamu berubah satu hari nanti.lakukanlah perubahan itu dengan hati ikhlas, dan bersungguh-sungguh kerana-Nya bukan kerana sesiapa, Insya-Allah...Allah bersama-sama dengan orang yang sabar seperti kamu apatah lagi untuk melakukan kebaikan.

"achik, mak ingin berpesan kepada kamu 11 perkara yang boleh kamu lakukan untuk beristiqamah dalam melakukan perubahan diri", kata ibunya. dengan langkah yang tenang, achik mula menghampiri ibunya dan cuba menghayati setiap kata-kata ibunya dengan tekun. hatinya kini kembali sejuk dan reda. "mak, boleh achik tahu apakah yg dimaksudkan mak 11 perkara td? achik tak faham sebenarnya". si ibu memandang anak dengan wajah yang tenang dan berkata" achik dengar ye apa yg mak cuba sampaikan dan achik fikir sedalam-dalamnya dengan pandangan mata hati achik ye".

antara 11 perkara yang kita boleh lakukan untuk beristiqamah dalam melakukan perubahan diri ke arah kebaikan adalah...

1. JAGA IBADAH KITA.
  • banyakkan doa kepada Allah agar tetapkan hati kita untuk melakukan kebaikan. yakinlah Allah mendengar doa kita dan kuatkan keyakinan kita kepada-Nya. lakukanlah amar makruf dan tinggalkan perkara nahi mungkar.
akan bersambung lagi...

Saturday, June 20, 2009

CARA DIET NABI MUHAMMAD S.A.W

JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
• CARA MAKAN
• JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
• TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
• JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya.... cubalah...............
Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
• Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
o Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan antara lain:
o Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
o Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
o Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
o Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam
Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya

Friday, June 19, 2009

sambungan....

Ujian itu dtg dari Allah. yakinlah saudaraku, sesuatu yg dtg dari Allah, pasti akan kembali kpd-Nya juga. jika ada siang, pasti ada malam. jika ada hujan pasti ada panasnya...begitulah diumpamakan kehidupan dan permasalahan yg kita hadapi. bukan selamanya kita akan merasa sedih...kecewa...dan tertekan dgn masalah dan ujian hidup yg dihadapi. sesungguhnya, apabila sampai satu masa dan ketika, kita juga akan menikmati sinar kebahagiaan yg dianugerahkan-Nya. sebagai hamba-Nya, kadang-kadang kita lupa sesuatu apabila ditimpa musibah dan ujian dari Allah.

tanya pada hati kita...apa yg kita sering lupa tatkala kita ditimpa pelbagai masalah? jawapannya ada pada diri kita. sudah la kita lupa...ditambah lagi dgn sifat sombong dlm diri kita. kita yakin kita mampu menyelesaikan sesuatu masalah tapi hakikatnya...kita tewas!!! saudaraku, bangunlah dari kekecewaan, kesedihan, kegelisahan yang membelenggu diri kita dengan kembali kepada Pencipta kita. janganlah kita jadi hamba-Nya yang sombong dan lupa tatkala ditimpa musibah, ujian dan dugaan dari-Nya. angkatlah tanganmu...menadah secebis doa dan harapan dari Rabb-Mu...yakinlah bahawa rintihanmu...harapanmu dan doamu didengar oleh Yang Maha Esa. Allah tidak pernah mengecewakan hamba-Nya. mohonlah kekuatan...ketabahan...kesabaran serta diiringi ketenangan dalam menghadapi ujian yang kita hadapi...ingatlah saudara seislamku, KEKUATAN SEORANG MUKMIN ITU TERLETAK PADA DOANYA...KERANA ITULAH SENJATA SEORANG MUKMIN...

" Akhirnya, kekuatan diri terbina dari tarbiyah hati yang berpegang teguh akan janji-janji Ilahi. selagi kita bergelar khalifah Allah di muka bumi, selagi itu la kita diuji. semakin diuji...semakin disayangi Illahi.itulah tanda kasih Tuhan yang abadi. menyayangi hamba-Nya dgn menguji tapi terkadang kita lupa diri dan janji kita pada Illahi. wasilah yang terbaik utk kita lakukan...muhasabahlah diri dan kembali kepada Ilahi. itulah jalan untuk menuju syurga yang hakiki..."

Thursday, June 18, 2009

UJIAN itu tarbiyah...SABAR itu indah...

Entah apa yg membuatkan aku ingin berkongsi sesuatu dgn pembaca. aku bkn lah seorg penulis yg hebat. apatah lagi utk petah berbicara dlm bidang penulisan ini.apa yg aku ingin katakan semuanya lahir dari hati aku. bila kita bercakap dari hati...segalanya datang dgn sendiri tanpa perlu byk difikirkan.itu la aku. aku lebih gemar utk berbincang sesuatu yg ilmiah dgn org di sekelilingku. dari situ aku byk bljr erti hidup dan byk jg belajar dari kesilapan dan kesalahan org lain. aku bkn lah mengatakan kesalahan itu tidak pernah dtg dari diriku. cuma di sini, aku ingin jelaskan...kadang-kadang kita akan belajar sesuatu yg tidak baik dlm hidup ni adalah dari kesilapan org lain. kadang-kadang jg, kita akan membina kekuatan diri itu melalui org lain jg.kenapa aku kata begitu?krn aku sendiri membina kekuatan diriku dari pengajaran dan kesilapan org lain yg pernah mereka lakukan.

Kekuatan diri itu lahir dari hati...tergambar di minda dan terpancar melalui tindakan kita. bagaimana untuk kita mencari kekuatan dlm diri? tepuk dada tanya la minda bknnya selera...bila ditanya pada selera, selalunya bermain dgn nafsu berbanding akal. biarlah kita menjadi org yg bijak mengawal akal dari dikuasai oleh nafsu...

kenapa kadang-kadang kita rasa kecewa, sedih, putus asa, marah dan pelbagai lagi rangsangan negatif yang bersarang dalam hati dan minda kita? bila kita kecewa misalnya, kita seolah-olah akan menyalahkan takdir dan ketentuan dari YANG MAHA ESA. alangkah jahilnya diri kita. saudara seislamku, bukankah Allah itu MAHA PENYAYANG, PENGASIH.DIA tidak akan menimpakan sesuatu ujian itu kepada hamba-Nya melainkan ujian itu sebenarnya mampu dihadapi oleh hamba-Nya...cuma kita sebagai hamba tidak pernah sedar akan semua itu. di sebalik ujian yg didatangkan oleh Allah itu sebenarnya ada hikmah yg tersembunyi dan tinggi nilai ganjarannya di sisi Allah bagi org-org yang sentiasa sabar dan tabah. latihlah diri kita...tarbiyahlah diri kita dengan sifat sabar, nescaya kita akan merasakan manis di penghujung ujian yg kita harungi. "UJIAN ITU SEBENARNYA TARBIYAH...SABAR ITU INDAH"

apabila kita ditimpa musibah dan dugaan, pastinya pelbagai soalan yang akan bermain di fikiran kita...aaarggghhh tensionnya aku, sedih, hancur hatiku...kenapa aku yg diuji sebegini? knapa bkn org lain? adakah Allah tidak syg kepadaku dan macam-macam lagi yg ditimbulkan dalam fikiran kita.jangan kita lupa akan perjuangan para nabi dan sahabat dalam berdakwah. bukankah mereka itu diuji dengan ujian yg berat berbanding kita. siapa la kita utk mengeluh hanya kerana ujian yg didatangkan itu tidaklah setanding dan seberat yang mereka hadapi berbanding kita. teman, ujian dari Allah itu sebenarnya tanda kasih syg Dia utk kita. beruntung dan bersyukurlah bagi mereka yg selalu diuji oleh-nya kerana menjadi insan yg terpilih dan bakal meraih syurga Allah jika disertakan dgn kesabaran dan keimanan yang kuat. moga-moga kita tergolong dalam golongan ini...aaaminnn...


...coretan penaku akan bersambung lagi...

Sunday, March 22, 2009

7 KALIMAT PENGUBAT STRESS...

بـــــــــسمم اللـــــــــــه الرحــمـــــــن الرحــــــــــيم
  • Apabila hendak melakukan sesuatu, bacalah " BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM" untuk mendapat keberkatan dalam menyempurnakan kerja anda.


الحــــــــــمـــد للـــــــــــــــــــه ربّ العــــــلـــــمــيــن
  • Sebutlah " ALHAMDULILLAH " apabila selesai melakukan sesuatu kerja sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah.


أســـــــــــتــــــــغفــــــــر اللــــــــــــــــــه العظــــــــــــيـــــــــــم
  • Jika kita terlafaz perkataan yang tidak baik, maka mohonlah keampunan kepada Allah dengan mengucapkan " ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM ".



لا حـــــــو لاول قـــــــــــــــــوة إلا باللـــــــــــــــــــه
  • Jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai dan tidak diingini seperti bencana, kemalangan dan sebagainya, maka ucapkanlah " LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH " kerana kita sebagai makhluk-Nya tidak mempunyai daya dan upaya setanding-Nya.



إنــــــــــا للـــــــــــــــــه وإنــــــــــــــــــــا إليــــــــــــــــه راجـــــــــــعون
  • Jika menghadapi dan menerima musibah, maka ucapkanlah " INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN " sebagai rasa insaf kita kepada Allah. Sesungguhnya daripada Allah semuanya datang dan kepada-Nya akan kembali.



لا إلـــــــــــه إلاّ اللـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــه محـــــــــــــمـــــــد رســــــــــول اللــــــــــــــــــــه
  • Bacalah " LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH " supaya mendapat kebaikan di dunia dan akhirat sebagai tanda pengabdian kita kepada Allah dan memperbaharui syahadah kita.


إنــشـــــــــــــــــــاء اللــــــــــــــــــه
  • Jika merencanakan atau merancang sesuatu , maka bacalah " INSYA-ALLAH " sebagai harapan kita agar dapat melaksanakannya dengan baik.